Allah telah menunjukkan kita dengan jelas di dalam Hadith riwayat Muslim yang mana Rasulullah SAW menceritakan perihal pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Kala dia membunuh 99 orang sebelumnya, dia bertemu dengan seorang alim untuk bertaubat.Alim-alim ini menyatakan dia tidak boleh bertaubat, tak ada harapan. Maka apakah balasan Allah kepada si alim-alim ini? Alim-alim ini dibunuh. Menjadi asbab kepada si pembunuh menambah lagi dosanya. Di dalam syarah hadith tersebut, ianya seakan simbolik kepada 'tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pendakwah'.Kemudian dalam keadaan mangsanya genap 100, pembunuh tadi tetap tidak melepaskan sangka baiknya kepada Allah, lantas dia mencari pula alim yang seterusnya untuk mengajarnya agar bertaubat.Alim yang seterusnya menyatakan bahawa pengampunan Allah amat luas. Dan menunjukkan kepada si pembunuh kampung yang suasananya baik untuk perubahan. Maka si pembunuh, bergerak ke kampung itu. Di tengah perjalanan dia dijemput kematian.Sengaja Allah mengarahkan sebuah 'drama' antara malaikat rahmat dan malaikat azab, untuk melakonkan 'sketsa' apakah lelaki ini ke syurga dan ke neraka. Sengaja Allah menyuruh dua malaikat ini mengukur jarak lelaki ini antara dua kampung. Jika hampir ke kampung kebaikan, bawalah dia ke syurga, jika lebih hampir dengan kampung yang sebelumnya, bawalah dia ke neraka. Bila diukur, nyata dia lebih dekat dengan kampung kebaikan dan dia dibalas dengan syurgaNya, walau belum lagi bertaubat.Mengapa wujudnya 'drama' dan 'sketsa' itu? Apakah kerana lelaki itu bernasib baik mati dalam keadaan dirinya berjaya lebih dekat dengan kampung kebaikan? Tidak. Siapakah yang mematikan lelaki itu, di saat itu, pada tempat itu, pada jarak yang sedemikian?Bukankah Allah? Maka tidakkah kita melihat? Allah telah menerima pembunuh yang bersungguh untuk bertaubat ini, bahkan memuliakannya hingga malaikat sanggup 'berbincang' akan siapakah yang lebih layak mengambilnya, dan nyata dia telah lebih mulia dengan 'dipilih' sendiri oleh Allah SWT untuk memasuki syurgaNya.Apakah alim yang pertama sehingga yang ke-99 dapat? Mereka tidak mendapat apa-apa dek emosinya. Sedang pembunuh 100 orang memasuki syurgaNya. Begitulah Allah memberikan pembalasan. Adil-Nya tidak akan mampu diukur sendiri oleh manusia.
Yang dikisahkan diatas adalah alim ulama, yang secara teorinya amalan dan kebajikan mereka lebih baik dan sempurna daripada "awamim" seperti Admin sendiri. Namun demikian, ke-99 alim tersebut tumpas dalam dugaan membawa seorang pembunuh kembali ke jalan Allah. Fikir sejenak, andai kita berada di kasut alim-alim tersebut mampukah kita untuk bertindak seperti alim yang ke-100 atau mungkin bertindak seperti alim-alim yang sebelumnya. Sebagai konklusi, kita seharusnya berhenti menjadi tipikal dengan mudah menghukum atau mendefinasi sesuatu tanpa usul periksa terperinci, kerana rahsia Al-Khaled itu terlampau luas tidak terduga benak sanubari kita. Wallahualam.
“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah
yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53)
~puteralena~


0 comments:
Post a Comment